Saya perhatikan dalam pelbagai wacana ilmiah terutamanya melibatkan isu fiqh dan politik di Malaysia semakin berkualiti terutama metod penghujahannya. Mungkin disebabkan tahap intelektual masyarakat makin meningkat di mana setiap pandangan tidak akan diterima melainkan dengan hujah yg bernas.mungkin juga kerana ramai sudah para lepasan pengajian islam yang berkelulusan master berbanding zaman 80an..Para asatizah ini khususnya dlm bidang syariah, telah didedahkan kaedah penyelidikan dan metod analisis hukum secara kritis, berjaya mengalami anjakan paradigma dlm wacana hukum Islam. Mungkin juga disebabkan kesan metod penyelidikan bidang sains yg mementingkan logik, rasional dan saintifik (boleh dibuktikan) mendorong golongan profesional ini mahukan mekanisme yg sama dilakukan oleh para ilmuan syariah. Secara umumnya, perkembangan ini suatu yg positif.
Apa yg saya perhatikan, dlm kita menghujah beberapa nas al-Quran dan sunnah, dan mengaplikasikan suatu rumusan hukum, selalunya kebanyakan kita akan mengabaikan nilai, uruf yg baik, kondisi sosial, ekonomi dan politik setempat yg menjadi culture masyarakat Malaysia. Contohnya, konsep masyarakat majmuk, demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan, kerajaan negeri, kerajaan pusat, pengasingan kuasa, adanya pentadbiran undang2 Islam di bawah negeri, majoriti industri perniagaan dikuasai kaum bukan melayu, dsb. Semua itu perlu diambilkira untuk merumus sesuatu keputusan ijtihad.
Apa yang berlaku, sesetengah ilmuan seperti team ulamak muda UMNO, lebih suka menggunakan fatwa dan pandangan hukum drpd Arab Saudi yg nature politik dan fiqhnya teramat berbeza drpd keadaan di Malaysia. Dlm keadaan, dunia politik sudah menerima kritikan secara terbuka, protes dan demonstrasi aman terhadap beberapa dasar kerajaan sebagai satu medium politik yg sah, tiba2 mereka mengharamkan cara tersebut kononnya bertentangan dgn Islam...tidak boleh kritik pemimpin secara terbukan, hanya boleh berbisik-bisik sahaja. Ini menyebabkan masyarakat demokratik melihat fatwa atas label Islam sebegini suatu yg memualkan, mundur dan memperbodohkan nilai2 demokrasi. Ini satu contoh drpd banyak contoh ijtihad politik pada hari ini.
Kita seharusnya mengkaji kenapa Madrasah al-Hadith di tanah hijaz dan Madrasah al-ra'y di kufah muncul pada zaman tabiin. Perbezaan paling nyata ialah bentuk metodologi kedua dua aliran tersebut berbeza disebabkan perbezaan culture di kedua dua tempat. Begitu juga kita di Malaysia, amat tidak adil apabila sesetangah sarjana kita memaksa masyarakat Islam di sini mengikut ijtihad hukum yg dibina berasaskan nilai dan budaya orang Islam Timur Tengah. Makan, minum, pakaian, cara hidup mereka dahulu dan kini berbeza drpd kita. Saya mendapati Ibnu Taymiyyah memberikan komentar yg tepat dlm Majmuk Fatawanya dlm bab hukum makanan. Ujar tokoh itu, hukum asal banyak sumber makanan adalah harus dan makanan yang dipandang jijik oleh orang Arab tidak semestinya haram untuk bangsa lain yg mungkin menganggapnya baik. Ia merupakan respon terhadap persepsi fuqahak mazhab Syafie khususnya yang menghukumkan beberapa kategori haiwan dan sumber makanan sebagai makruh dan haram disebabkan orang Arab dahulu memandangnya jijik. Kenyataan ini memang disebut oleh imam Syafie dalam kitab al-Umm (bab al-at'imah, jilid 3). Ini satu contoh pentingnya pengambilkiraan nilai dan budaya dlm fatwa. Mungkin budaya Arab dahulu diterima disebabkan teladan baik dlm budaya mereka ataupun disebabkan budaya Arab waktu itu sangat superior dan dihormati seluruh dunia. Namun apabila orang2 Arab sendiri sudah tidak memberikan contoh yg baik, tidak memberikan impak lagi kepada dunia seperti zaman Ibnu Taymiyyah kerana khilafah Islam Arab lemah, sudah tentulah budaya baik dlm masyarakat Islam bukan Arab pun boleh diterima. Pada zaman beliau, yg menaikkan semula maruah Islam ialah kerajaan Islam bukan Arab seperti kerajaan Ayyubiyyin, Mamluk dll.
Pandangan saya ini bukan bermakna merendah2kan fatwa alim ulamak kita dlm muzakarah fatwa, majlis fatwa kebangsaan, fatwa negeri dll. Mereka adalah guru2 yg saya hormati. Cuma saya ingin katakan rumusan hasil ijtihad kita akan lebih tepat jika diambilkira faktor keadaan semasa di malaysia. Walaupun al-Qaradhawi, Ahmad al-Tayyib, al-Shanqitiy, Soleh Fawzan, al-Zuhailiy, al-Uthaymeen, Solah al-Sawiy dll merupakan figura Islam tersohor yg menjadi rujukan umat Islam, kita tetap berhak berijtihad memberikan suatu fatwa fiqhiy atau amalan siyasiy yg sesuai dgn keadaan domestik kita. Asalkan rumusan kita bersumberkan masadir al-ahkam muktabar.
Para sarjana dan ilmuan Islam junior, wacana ilmiah anda akan lebih bermanfaat untuk ummah jika memahami realiti (makrifatul waaqik) dan keadaan diri manusia (fiqh al-nafs) sekeliling anda. Jika tidak, banyak lagi perkara yg anda perlu pelajari sebelum berwacana....
No comments:
Post a Comment