Apabila saya merenung kembali zaman pra pru13 dahulu, betapa media maklumat sangat terhad. Para pengundi seluruh Malaysia hanya bergantung kepada sumber info konvensional yg memang tidak neutral sama sekali. Serangan tektikal parti pemerintah terhadap calon parti lawan pada saat akhir cukup berjaya mempengaruhi pengundi seperti isu Tengku Razaliegh pakai tengkolok salib pada pru 1990. Akibat paparan media, seluruh jentera Angkatan Perpaduan Ummah pada waktu itu lumpuh. Hanya Kelantan berjaya ditawan.
Namun keadaan pada hari ini menyaksikan sumber maklumat alternatif muncul memberikan info daripada perspektif berbeza. Itulah manfaat terbesar teknologi maklumat yg dibangunkan oleh dunia Barat bukan Islam samada bagi tujuan perniagaan, penjajahan, atau permusuhan terhadap tamadun Islam (seperti asumsi Sameul Huttington). Akan tetapi, ia ternyata bermanfaat untuk penyaluran maklumat tentang Islam dan boleh menjadi medium dakwah dan politik Islam. Hasilnya, para pengundi era pru13 ini boleh akses kepada maklumat yg lebih tepat dan cepat daripada sumbernya secara langsung bukan lagi drpd sumber meragukan. Inilah yg dituntut oleh Islam, agar umatnya mendapatkan berita drpd sumber yg siqah atau dipercayai. Bukan drpd sumber yg fasik dan korup kerana hanya memaparkan fitnah, penipuan dan pendedahan aib pihak lawan.
Saya teringat sebuah hadith yg menceritakan seorang musyrik bernama Qazman yg membantu tentera Islam dlm sebuah peperangan di mana dia sendiri berjaya membunuh pemimpin Bani Abdil Dar, pihak yg memegang panji tentera musuh. Nabi Muhammad saw bersabda Innallaha layu'zira haazad din bir rajulil fajir (sesungguhnya Allah memperkuatkan agama ini dgn seorang lelaki yg fajir yakni bukan Islam ). Selain itu, banyak lagi hadith2 yg menceritakan Islam menerima bantuan dan manfaat drpd org bukan Islam.
Maka sebab itu, bukan semua yg datang bari Barat itu tidak bermanfaat langsung untuk kebangkitan Islam. Contohnya demokrasi, walaupun bukanlah sistem Islam pada falsafahnya tetapi kerangka demokrasi menyediakan peluang kepada Islam untuk berkuasa. Banyak lagi sistem2 dan produk bukan Islam yg bermanfaat untuk kelestarian Islam walaupun ia juga pada kebanyakkan keadaan digunakan untuk menyusahkan umat Islam dan juga orang lain.
Pru13 kali ini mencatatkan sejarah yang akan diingati oleh generasi akan datang disebabkan :
1. Banyak video lucah dihasilkan untuk bahan kempen untuk menjatuhkan pihak lawan.
2. Calon DAP berkemungkinan akan menggunakan logo PAS dan PKR disebabkan pendaftaran parti tersebut dipertikaikan oleh ROS atas masalah teknikal.
3. Ramai pemimpin yg tidak dicalonkan semula, tidak berpuas hati sehingga mengambil keputusan bertanding calon bebas dan menentang calon parti sendiri.
4. Pengundi akan memperhatikan kualiti calon, siapakah yg lebih beramanah dan berintegriti. Mereka akan jumpa ada calon Islam yg berwibawa dan ada juga calon bukan Islam yg berintegriti. Pada masa sama, ramai juga calon Islam yg terpalit masalah rasuah, korup, haprak dll.
5. Pengundi juga terus dikelirukan dgn status calon bukan Islam, adakah boleh mengundi mereka. Ada aliran ilmuan tertentu yg mengharamkan beri undi kepada calon 'kafir' dan calon parti yg berkerjasama dgn 'kafir' itu...tidak kurang pula yg berusaha menyelamatkan undi Melayu Islam dgn mengenengahkan calon2 kononnya 'Berwibawa' di beberapa kawasan parlimen dan dun.
6. Kedua2 belah pihak BN dan PR berjaya mengurangkan jumlah calon dalam pertandingan satu lawan satu. Cara ini dapat mengurangkan kerja SPR untuk mengira undi banyak calon dalam satu2 kawasan pilihanraya. Maka tiada sebab lagi SPR lambat umum keputusan nanti.
Saya juga turut melihat demokrasi yg kita amalkan di Malaysia ini membuka ruang kepada rakyat untuk memilih kerajaan pilihan mereka dalam tempoh satu2 penggal. Ini menandakan sesebuah kerajaan tidak akan berakhir kerana yg akan kalah atau menang hanyalah parti2 politik sahaja. Kerajaan tetap ada apabila parti tertentu menang.
Sebelum melabuhkan tirai, saya suka membawa pandangan beberapa orang kawan yang tegar kemelayuannya. Kata mereka, lebih baik kita biarkan orang Islam berkuasa walaupun terdapat salah laku kerana kekurangan itu boleh diperbaiki. Ia lebih baik daripada kehilangan kuasa kepada orang bukan Islam....
Pada dasarnya saya bersetuju dgn pandangan tersebut..tetapi saya fikir balik adakah ini yang disuruh dalam Islam, kita wajib membiarkan ahli politik yg korup berkuasa kerana yg penting dia Islam...walaupun dia ahli maksiat.? Saya mencari rasional kenapa saya tidak boleh menerima pandangan tersebut walaupun saya bersetuju ada sikit logiknya. Ada beberapa alasan :
a. Saya lihat majoriti kerusi parlimen dan dun yg bertanding dalam pru13 kali ini ialah orang Islam samada daripada umno, pas atau pkr. Pada saya, semua calon Islam tidak kira sapa yg menang, sudah tentu akan ada favour kepada orang seIslam dengannya. Malah ikatan keIslaman lebih kuat drpd ikatan bangsa apatah lagi terdapat calon yg bertanding kali ini bukan berbangsa Melayu tetapi beragama Islam. Ada mamak, cina muslim, india muslim, jawa dll. Perjuangan berasaskan Islam dapat mengurangkan risiko ketaksuban kaum di samping peratusan undi org Islam mencapai 65% berbanding undi solid melayu sekitar 56% (berdasarkan peratusan penduduk malaysia drpd kaum melayu). Kedudukan Islam dlm perlembagaan konfem akan menjadi lebih kukuh malah jauh drpd dapat dipinda dengan sokongan org Islam drpd kaum2 lain.
b. Tujuan utama kedatangan Islam ialah untuk menjaga kemaslahatan manusia atau mempastikan 5 perkara daruriyyat itu terpelihara. Maka sebab itu, keadilan, kesaksamaan, amar makruf nahi mungkar, kebebasan, pelaksanaan hudud, qisas dan ketetapan syariat lain merupakan perkara fundamental dlm agama dan politik. Tidak cukup pemimpin kena Islam sahaja..mereka perlu adil...sistem kena saksama kerana efek polisi dan dasar2 kerajaan itu melibatkan semua rakyat, Islam dan bukan Islam. Adapun manfaat Islam itu hanya berguna kepada diri org itu sendiri. Sebab itu Shaykhul Islam Ibnu Taymiyyah memberikan satu pandangan tepat KERAJAAN KAFIR YG ADIL LEBIH BAIK DARIPADA KERAJAAN ISLAM YG ZALIM. Memang ada kewajarannya kata2 tokoh ini berbanding dgn pendekatan kebanyakan ulamak yg mempertahankan status qou politik pemerintah pada zaman beliau. Walaupun kerajaan itu kafir, polisi dan dasar yg adilnya menyenangkan rakyat manakala kerajaan yg zalim akan sentiasa menyusahkan rakyat walaupun menganut agama Islam. Sebagai manusia, sudah tentu mereka memerlukan jaminan keadilan dan kesenangan hidup kerana jaminan Islam pemimpin belum tentu akan terbukti membahagiakan mereka. Soalnya di Malaysia, adakah benar kuasa politik akan berpindah kepada orang kafir????...suatu yg 'mungkin' akan berlaku tetapi realitinya tidak memungkinkan ianya berlaku!!! Andaian itu sama seperti budak sekolah tak sempat nak baca buku sebab esok nak exam, kerana asyik bermain..Oleh kerana tidak bersedia, dia menganggap exam itu payah..Akhirnya budak itu menyalahkan exam susah sebagai punca kegagalannya tapi sedangkan dia malas baca buku!!!
Apa pun keputusan PRU13 selepas 5 Mei nanti, Islam tetap akan terus kukuh dan bangsa Melayu akan terus berkuasa kerana sejarah membukti sejak kejatuhan empayar Islam Melaka pada 1511, orang Melayu masih kekal sampai ke hari ini. Mereka tidak menjadi Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun atau convert agama para penjajah tadi. Tahu kenapa orang Melayu tidak berubah??? Kata al-marhum Dato' Hassan Ahmad, mantan Pengarah DBP, dalam bukunya Melayu Glokal, kerana orang Melayu berpegang teguh kepada agama dan budayanya....mereka kuat bukan dgn kuasa politik semata2 tetapi dgn kekuatan dalaman. Walaupun memiliki kuasa politik, Melayu mungkin akan hilang jika pudar pegangan agamanya dan hilang identiti dirinya. Tak payah tunggu lepas PRU13....sekarang ini pun Melayu dah mula nak hilang ...kalau tidak dikawal dengan baik...Wallahu a'lam...
Jumaat
Perda Timur

No comments:
Post a Comment